Persatuan Bolasepak Amerika Selatan (Conmebol) telah menjatuhkan hukuman kepada Liones Messi selepas komen pedas daripada pemain kelahiran Argentina.
Kapten Argentina sebelum ini menuduh Conmebol terlibat dalam aktiviti rasuah dan mengatur perlawanan pada aksi Copa America telah digantung selepas tiga bulan aksi antarabangsa dan didenda 50 ribu dolar.
Hukuman tersebut bermula dari hari ini, 3 Ogos, di mana Messi hanya akan terlepas tiga perlawanan antarabangsa menentang Chile, Mexico dan Jerman.
Tetapi Messi bakal tampil kembali pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 di Qatar nanti.