Luar Negara Berita

Video – Claudio Bravo sumbang rumah kepada mangsa kebakaran

Claudio Bravo telah menyumbang empat rumah kepada empat keluarga di Chile selepas rumah mereka hancur disebabkan kebakaran hutan.

Ceritanya bermula apabila salah seorang anak mangsa menghubungi Bravo bagi mendapatkan tandatangan beliau, tetapi di akhirnya bekas penjaga gol Barcelona bersetuju untuk membantu mereka.

Bekas penjaga gol Barcelona itu telah mula membantu empat keluarga tersebut sejak daripada tahun 2017 lagi.

Salah seorang mangsa, Miguel menceritakan bagaimana sumbangan daripada Bravo hadir.

“Mereka menemubual cucu saya selepas insiden kebakaran dan dia [cucu] menyatakan keinginan untuk mempunyai baju Claudio Bravo,” katanya kepada akhbar Chile, La Cuarta.

“Kemudian dia [Bravo] menghubungi dia [cucu] dan memberitahunya bahawa dia [Bravo] akan memberinya kemeja dan juga sebuah rumah.” Katanya