Piala Malaysia Berita

JDT menang mudah ke atas UiTM

kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim memulakan kempen Piala Malaysia dengan menundukkan UiTM FC 3-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Juara enam kali Liga Super turun dengan skuad utama bagi mencatat tiga mata penuh pada aksi peringkat kumpulan yang bermula malam tadi.

Gol JDT hadir menerusi tandukan Diogo Luis Santo pada minit ke-15 hasil daripada hantaran lintang Nazmi Faiz sebelum Safawi Rasid menjaringkan penalti pada separuh masa kedua dan Diogo menambah duka pelawat.

Biarpun mencapai kemenangan di laman sendiri, perlawanan tersebut sedikit terencat apabila dilaporkan hanya 5,860 penyokong yang hadir menyaksikan pasukan JDT.