Piala FA Malaysia Berita

Shopee Final Piala FA : Belajar cara bagaimana untuk tidak menjaringkan gol … dan akhir jaringkan gol

Kedah berjaya menewaskan Perak pada perlawanan Piala FA 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Bermain di hadapan 83,000 penyokong, Kedah terpaksa menunggu sehingga masa tambahan untuk menjaringkan gol melalui pemain gantian mereka.

Manakala pasukan Perak terpaksa menunggu lagi untuk memenangi Piala FA setelah gagal berbuat demikian. Untuk rekod, pasukan Perak tidak memenangi Piala FA sejak 15 tahun lalu.

Pada perlawanan tersebut, Kedah hadir dengan cubaab pertama dari hasil dari hantaran Baddrol Bakhtiar pada minit ke 4 yang disambut oleh Jonathan Bauman, tetapi tandukan beliau tersasar jauh. 

Perak kemudian membalas serangan selang empat minit selepas itu menerusi Nazirul Naim yang mengambil sepakan percuma di bahagian kiri padang tetapi berjaya ditampan oleh penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Che Kassim.

Selang seminit selepas itu, Perak sekali lagi hadir dengan cubaan pantas melalui Costa Morais selang seminit selepas itu, tetapi cubaan beliau hanya singgah ke kawasan luar jaring gol.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak kembali mengasak ke kubu Perak dengan hantaran cantik kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar yang disambut William Rowley tetapi tandukan beliau terbang jauh ke atas.

Penyerang skuad The Bos Gaurus, Costa mendapat dua peluang sebelum tamat separuh masa pertama tetapi kedua-dua cubaan beliau terbang jauh singgah ke kawasan penyokong Kedah.

Menjelang separuh masa kedua, Kedah dan Perak turun bagi memburu gol kemenangan. 

Perak yang memulakan separuh masa pertama tidak menunggu lama untuk mengasak ke kubu Kedah dengan cubaan Nazirul Naim pada minit ke-46 yang sudah berjaya menewaskan Ifwat tetapi terkena palang.

Skuad kendalian Mehmed Durakovic sekali lagi tampil dengan cubaan berbahaya selang seminit selepas itu melalui pemain sayap Nor Hakim Hassan tetapi sekali lagi gagal disudahkan pemain berusia 27 tahun.

Peluang keemasan Kedah hadir pada minit ke 62 apabila pemain sayap, Farhan Roslan mempunyai peluang keemasan untuk meletakkan pasukan kedah di hadapan dengan aksi satu lawan satu, tetapi cubaannya tepat ke arah Hafizul.

Dengan keputusan masih 0-0 sehingga tamat perlawanan, Perak terpaksa akur dengan kehilangan Amirul Azhan Aznan apabila beliau dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain Kedah.

Masuk masa tambahan, Kedah lebih menguasai bola dengan beberapa cubaan daripada penyerang mereka.

Manakala pasukan Perak terpaksa bertahan selepas kehilangan seorang pemain.

Akhirnya, nasib sentiasa menyebelahi orang yang sabar, gol Kedah hadir pada minit ke 105 melalui pemain gantian Fadzrul Daniel selepas mendapat hantaran lerek daripada Rizal Ghazali.

Kemenangan ini mengulang pencapaian terbaik Kedah memenangi Piala FA pada 2017.