Luar Negara Berita

Penyerang Malawi dapat ayam hidup sebagai hadiah Man Of The Match

Penyerang Bulls Nyasa, Hassan Kajoke telah memperoleh seekor ayam hidup dari peminat tempatan sebagai hadiah selepas dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan menentang Karonga United.

Hajoke, yang menjaringkan gol dalam kemenangan 5-0, kelihatan keliru apabila peminat menyerahkan haiwan terbabit bersama-sama dengan kotak kadbod.

Peminat tersebut juga turut menconteng ayam terbabit dengan warna tradisional pasukan.

Ia merupakan tanda penghargaan daripada penyokong menurut Malawi24.