Luar Negara Berita

Video : Adakah menjual Lukaku jalan terbaik untuk Manchester United?

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh The Telegraph, Manchester United telah menolak tawaran £ 54 juta dari Inter Milan dalam usaha kelab Itali mendapatkan khidmat Romelu Lukaku.

Biarpun Lukaku telah mengecewakan peminat United dengan beberapa siri persembahan yang kurang baik, Red Devils sebenarnya telah membuat panggilan yang betul apabila menolak tawaran £ 54 juta dari Inter.

Malah, ia menjadi bahan ketawa jika Inter fikir mereka boleh mendapatkan bintang Belgium dengan harga sebanyak itu selepas mempertimbangkan pencapaian individu beliau sebagai pemain.

Bintang kelahiran Belgium ini telah merekodkan 113 jaringan di Liga Perdana Inggeris dalam hanya 250 penampilan dan telah membuktikan ketajaman beliau di peringkat antarabangsa dengan mengetuai senarai penjaring terbanyak untuk negaranya.

Justeru, dengan beberapa siri persembahan yang kurang meyakinkan, Lukaku tetap di anggap sebagai mesin pencetak gol sehingga ke hari ini dan beliau selayaknya mendapat ‘tag’ harga yang lebih daripada £ 54 juta yang diletakkan oleh Inter.

United bukan sahaja akan dianggap bodoh jika menjual Lukaku dengan harga semurah itu, malah mereka akan turut mengalami kerugian sebanyak £ 21 juta.

Untuk rekod, ini merupakan musim paling sukar sepanjang karier beliau selepas hanya mencetak 12 jaringan untuk musim lalu tetapi Lukaku telah menunjukkan kemampuan beliau apabila menjaringkan 25 gol untuk Everton bagi memenangi anugerah Kasut Emas.