Kolum Futsal

MPFL : Bagaimana persembahan pasukan setakat ini?

Malaysia Premier Futsal League (MPFL) sudah menempuh hari perlawanan ketujuh dalam jadual liga futsal untuk musim ini.

Sebanyak 155 gol telah dicatatkan sepanjang perlawanan ini berlangsung dengan Pahang merekodkan jaringan paling banyak dengan 28 jaringan diikuti oleh Selangor dengan 23 jaringan.

Manakala Perak dan Terengganu melengkapkan senarai empat penjaring gol terbanyak.

Dalam jumlah pengutan mata pula, sebanyak 72 mata telah dikutip sepanjang hari perlawanan ketujuh di mana Selangor berada di takhta liga dengan 16 mata setelah berjaya mencatat lima kemenangan, satu keputusan seri dan masih bersih daripada kekalahan.

Bagi pasukan dari Pantai Timur pula, Pahang menduduki tangga kedua dengan dibezakan satu mata oleh Selangor apabila mencatat rekod bersih dalam lima perlawanan sebelum ini.

Untuk rekod, Pahang dan Selangor adalah satu-satunya pasukan yang masih belum ditewaskan oleh mana-mana pasukan.

Kemenangan besar Pahang terhadap Melaka United, 8-3 pada minggu lalu memberi mereka laluan selesa dalam aksi mengejar Selangor yang berada di tangga teratas liga.

Manakala pasukan Terengganu berada di tangga ke tiga dan Perak yang berada di tangga ke empat liga berkongsi mata dengan 8 pungutan mata sepanjang hari hari ketujuh perlawanan tetapi dibezakan oleh jaringan.

Perak bakal menghadapi lawan sukar esok apabila dijadualkan bertemu Pahang yang kental dengan rekod tanpa tewas pada aksi ketujuh liga.

Pulau Pinang melengkapkan lima pasukan terbaik MPFL minggu ini dengan mencatat dua kemenangan, satu keputusan seri dan tiga rekod kekalahan.

Dengan mengutip 7 mata, Pulau Pinang mampu untuk memperbaiki kedudukan liga jika mereka berjaya mengatasi Kedah pada aksi 26 Julai nanti.

Melaka, Kedah, Kuala Lumpur dan KL City FC berada di kedudukan empat tercorot MPFL dengan KL City FC masih gagal merekodkan kemenangan pada aksi MPFL kali ini.