Luar Negara Berita

Video : Kubo berguru dengan Raul Gonzalez

Bintang muda Jepun, Takefusa Kubo telah berjaya menarik perhatian beberapa jurulatih pasukan utama, termasuk Zinedine Zidane sepanjang latihan pra-musim di Kanada.

Terbaharu, Marca melaporkan bahawa bintang berusia 18 tahun ini telah didaftarkan dengan pasukan pelapis Real Madrid untuk musim hadapan.

Beliau bakal bekerjasama dengan penyerang lagenda Los Blancos, Raul Gonzalez selaku pengendali skuad Bawah-19 tahun Real Madrid sepanjang kempen 2019/20.

Usianya yang masih muda, Kubo berpeluang untuk membarisi mana-mana pasukan muda Real Madrid termasuk Juvenil B, tetapi tempat pemain ‘non-EU’ akan tetap tersedia untuk dia jika Zidane memerlukan khidmat pemain muda tersebut.

Kaedah ini pernah digunakan oleh Real Madrid ketika kehadiran Vinicius Junior, di mana beliau mewakili pasukan pelapis Real Madrid dan bermain dalam salah satu slot pemain ‘non-EU’ dalam pasukan utama.

Los Blancos telah meletakkan keyakinan terhadap kemahiran Kubo dan diharap bakat beliau bakat berkembang selangkah demi selangkah pada tahun-tahun mendatang.