Luar Negara Berita

Adidas Football keluarkan kasut edisi khas untuk peminat superhero Marvel

Adidas Football dengan kerjasama terbaharu dengan Marvel telah mencipta satu kasut bola edisi khas superhero Spider-Man.

Koleksi terbaharu yang diberi nama sebagai Marvel NEMEZIZ ini datang dengan jalur Spider-Man dengan warna merah dan biru.

Reka bentuknya diinspirasi daripada sarang labah-labah serta lambang Marvel dan Spider disulam disisinya.

Kasut ini bakal dipakai oleh pemain sayap Bayern Munich Serge Gnabry, buat anda yang mahu membeli kasut ini, ianya boleh didapati di laman web Adidas Store.