Luar Negara Berita

Rasmi : Matthijs de Ligt sertai Juventus

Matthijs de Ligt telah menandatangani kontrak lima tahun dengan Juventus dengan tanda harga sebanyak € 85.5 juta.

Satu kenyataan di laman web rasmi Juve itu berkata ; “Juventus FC mengumumkan bahawa perjanjian dengan Ajax untuk mendapatkan pemain Matthijs de Ligt telah dicapai untuk  € 75 juta, yang perlu dibayar dalam masa lima tahun dan kos tambahan sebanyak € 10.5 juta.

“Juventus dan pemain telah menandatangani kontrak selama lima tahun sehingga 30 Jun 2024.”

Difahamkan € 10.5 juta kos tambahan yang ditetapkan di dalam kenyataan terbabit diberikan kepada agennya Mino Raiola.

Pemain pertahanan Belanda telah terbang ke Turin pada Selasa lalu untuk menjalani ujian perubatan di J-Center.