Luar Negara Berita

Video : De Jong dedah hampir sertai Arsenal

Frenkie de Jong telah mendedahkan bahawa dia hampir menyertai Arsenal sebelum Barcelona melamar untuk mendapatkan beliau.

Bintang muda berusia 22 tahun itu menikmati musim yang baik bersama Ajax, di mana telah menarik minat Barcelona mendapatkan beliau pada Januari lalu.

De Jong secara rasminya diperkenalkan sebagai pemain Barcelona minggu lalu, tetapi dia mengakui bahawa perpindahan ke Arsenal hampir pasti terjadi sebelum beliau beralih ke Camp Nou.

“Saya fikir Arsenal cantik sekali pada masa lalu,” katanya. “Dalam fikiran saya mempunyai senarai kelab-kelab berikut : Ajax-Arsenal-Barcelona, laluan yang sama diambil oleh Marc Overmars.

“Tetapi ya, jika anda boleh pergi terus ke Barcelona, maka anda berada di mana anda mahu berada. Lebih cepat daripada apa yang saya mimpikan.”