Liga Super Malaysia Berita

Liga Super milik JDT buat kali keenam

Kejuaraan Liga Super buat kali keenam untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berjaya menewaskan Melaka United (MU) 2-1 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

JDT sebelum ini telah mendominasi Liga Super sejak dari 2014 lagi dan sekarang merupakan kemenangan keenam untuk Harimau Selatan.

Pada perlawanan tersebut, Harimau Selatan mendominasi perlawanan dengan beberapa gerakan merbahaya yang masuk ke dalam kotak penalti MU.

Skuad JDT membuka jaringan melalui Nazmi Faiz Mansor seawal minit ketujuh.

Pada minit ke-26, hantaran Corbin Ong berjaya mencari Diago Santo untuk gol kedua JDT di mana beliau berjaya mengelirukan benteng tuan rumah.

MU cuba bangkit untuk mencari gol bagi menyama kedudukan tetapi rembatan Luka Milunovic pada minit ke-26 tersasar jauh.

Bermain di hadapan penyokong sendiri, MU cuba untuk bangkit menerusi percubaan Safiq Rahim tetapi tersasar daripada gawang lawan.

JDT cuba menambah jaringan pada minit ke-78 tetapi cubaan Safawi Rasid jauh melepasi palang.

MU mendapat gol saguhati pada minit ke-84 menerusi kapten pasukan, Mohd Shukor Adan yang menewaskan penjaga gol lawan, Farizal Marlias.

Kemenangan ini memberi tiga mata penuh buat JDT untuk dinobatkan sebagai pemenang dengan lebih awal apabila Pahang tewas di tangan Selangor dan tidak mampu untuk mengejar mereka.