Luar Negara Berita

£100 juta menanti Liverpool jika berjaya memenangi Liga Juara-Juara

Liverpool bakal menamatkan musim ini dengan dua perkara, iaitu pertama mendapat gelaran Liga Juara-Juara ketika mereka dilihat sudah bersedia untuk bertarung bersama-sama dengan Tottenham di pentas akhir dan kedua adalah mengakhiri musim ini dengan tangan kosong.

Sudah pastinya, misi besar Liverpool pada musim ini adalah sekurang-kurangnya perlu ditamatkan dengan kejuaraan eropah setelah gagal dalam perebutan Liga Perdana Inggeris dengan Manchester City.

Setelah berjaya melangkah ke pentas akhir Liga Juara-Juara buat kali kedua berturut-turut setelah tewas di tangan Real Madrid musim lalu, anak buah Jurgen Klopp semestinya mahu menebus kekalahan musim lalu dengan memenangi kejuaraan ini.

Tambahan daripada ini, dilaporkan bahawa Liverpool bakal menerima wang tunai bernilai £ 100 juta dari UEFA sekiranya mereka berjaya mengalahkan Tottenham dalam final Liga Juara-Juara.

Tetapi jika pasukan Jurgen Klopp tewas di tangan Spurs, mereka masih mendapat pulangan lumayan dengan £ 94.6 juta hampir pasti menjadi milik mereka, manakala bagi pasukan Mauricio Pochettino, mereka bakal dibayar sekitar £ 93 juta sekiranya mereka berjaya memenangi kejuaraan Eropah.

Mengikut laporan Mail Online, jumlah itu diputuskan selepas mempertimbangan beberapa faktor, termasuk bonus untuk setiap kemenangan peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati.

Walaupun telah dijanjikan kewangan yang besar, kedua-dua pasukan dilihat dengan misi utama mereka untuk menamatkan kempen 2018/19 dengan trofi.