Luar Negara Berita

Madrid tempatkan 4,700 pegawai keselamatan bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara

Pihak penguatkuasa Sepanyol bakal meletakkan 4,700 orang pegawai keselamatan bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Sabtu ini di Madrid kerana ia dianggap ‘berisiko tinggi’.

Langkah-langkah keselamatan untuk perlawanan di antara Liverpool dan Tottenham bakal menjangkaui kawalan keselamatan yang dilakukan ketika menyambut perlawanan akhir Copa Libertadores di mana kedua-dua pasukan daripada Argentina – River Plate dan Boca Juniors – berentap di Madrid.

“Ini mungkin kawalan terbesar untuk menjamin keselamatan yang akan kami jalankan pada acara sukan,” katanya pada sidang akhbar.

Operasi keselamatan akan melibatkan lebih daripada 2,000 pegawai polis kebangsaan, serta polis dari pasukan lain, anggota bomba dan pengawal keselamatan swasta, kata kerajaan Sepanyol dalam satu kenyataan.

Seramai 32,000 peminat Inggeris dijangka hadir membanjiri Madrid bagi perlawanan akhir di Stadium Wanda Metropolitano yang mampu membuatkan 68,000.

Hampir 4,000 pengawal keselamatan polis dan swasta telah dikerahkan untuk final Copa Libertadores tahun lalu di stadium Santiago Bernabeu.

Kali terakhir Liga Juara-juara diadakan di ibu kota Sepanyol adalah pada 2010, ketika Inter Milan mengalahkan Bayern Munich 2-0.