Luar Negara Berita

Bekas pemilik Aston Villa, Randy Lerner dapat durian runtuh £ 30 juta selepas Villa layak ke EPL

Bekas pemilik Aston Villa, Randy Lerner mendapat durian runtuh setelah Aston Villa berjaya berjaya naik ke Liga Perdana Inggeris setelah menang pada aksi aksi final playoff Liga Kejuaraan di Wembley, semalam

Beliau bakal mendapat bayaran sebanyak £30 juta daripada Dr Tony Xia, pemilik kelab Aston Villa seperti yang dipersetujui sewaktu pengambilalihan kelab terbabit daripada beliau.

Xia telah membayar £76.2 juta sebelum ini untuk mengambil alih Villa dan terdapat perjanjian tambahan di mana Villa akan membayar Lerner £30 juta jika mereka dinaikkan pangkat dalam tempoh tiga musim.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Walaupun terdapat bebanan bayaran kepada Lerner serta tambahan bonus £6 juta kepada para pemain, pemilik Villa telah menjanjikan bahawa ‘langit adalah had’ selepas menyaksikan pasukan Dean Smith naik ke Liga Perdana Inggeris.

Tambahan daripada itu, Nassef Sawiris dan Wes Edens dikhabarkan bakal kembali ke Villa dengan dana tambahan bagi memastikan pasukan terbabit mampu untuk bersaingan dalam kancah Liga Perdana Inggeris.

Pemain tengah Villa, Jack Grealish mengetuai perayaan kemenangan 2-1 ke atas Derby dengan hasil jaringan daripada Anwar El Ghazi dan John McGinn bagi mengakhir musim ini dengan kejayaan.

“Cita-cita kami bukan hanya untuk dipromosikan tetapi untuk melakukan yang baik dalam Liga Perdana,” kata Sawiris.

“Kami telah melihat bahawa dengan pengurusan yang hebat langit adalah batas, dengan dasar peminat seperti itu dan skuad yang hebat.”