Luar Negara Berita

Manchester City dahului senarai kelab paling berharga

Kekayaan kelab Liga Perdana telah meletakkan tiga pasukan di tempat teratas sebagai pasukan paling berharga, dengan Manchester City menduduki tangga teratas dengan nilai lebih £ 1 bilion.

Jendela perpindahan telah dibuka beberapa minggu lalu, di mana terdapat beberapa tawaran besar telah berjaya diselesaikan dan ada beberapa lagi pemain yang bakal menyertai kelab masing-masing.

Real Madrid telah menjadi pasukan terawal yang memulakan belian pemain, manakala Barcelona sedang cuba melengkapkan dua perpindahan terbesar mereka iaitu dengan membawa masuk Griezman dan Neymar.

Biarpun pasukan daripada gergasi Sepanyol gagal menempatkan diri dalam pasukan paling berharga tetapi skuad Real Madrid mendahului carta sebagai skuad paling bernilai dengan rekod £ 1.05 bilion, menurut Transfermarkt.

1. Manchester City – £ 1.05 bilion

2. Liverpool – £ 1 bilion

3. Barcelona – £ 958.95 juta

4. Chelsea – £ 861.98 juta

5. Atletico Madrid – £ 840.6 juta

6. PSG – £ 830.03 juta

7. Spurs – £ 793.35 juta

8. Real Madrid – £ 784.8 juta

9. Manchester United – £ 706.28 juta

10. Bayern Munich – £ 674.55 juta

Senarai ini bermakna kelab Liga Perdana Inggeris mampu membayar wang yang besar untuk beberapa pemain terbaik.