Kolum

Lima pemain muda dengan nilai pasaran yang tidak masuk akal

Bakat pemain muda sering menjadi bualan ramai apabila mereka berjaya meledak seawal berumur 18 atau 19 tahun.

Keupayaan mereka untuk merobek barisan utama pasukan dan menjadi pemain penting adalah sesuatu yang patut dibanggakan.

Apabila mereka berjaya menunjukkan keupayaan mereka yang sebenar, beberapa kelab bakal melihat perkembangan mereka dan sudah semestinya ada yang sudah memburu bagi mendapatkan khidmat mereka.

Sebahagian daripada pemain muda ini bukan sahaja berjaya menaikkan nama mereka tetapi mereka juga telah menaikkan nilai mereka sebagai seorang pemain.

Beberapa pemain muda yang berbakat telah melonjakkan nilai mereka sejak 12 bulan yang lalu dan dalam masa 365 hari, mereka telah menjadi aset paling bernilai buat pasukan serta masa hadapan mereka.

Berikut adalah senarai pemain dengan nilai yang tinggi.

Jadon Sancho


(Filipe Amorim / NurPhoto via Getty Images) (Photo by Filipe Amorim/NurPhoto via Getty Images)

Beliau telah berjaya mencuri tumpuan apabila dipanggil untuk mewakili skuad senior England pada 4 Oktober 2018. Sejak daripada itu, beliau telah menjadi bakat baru England yang disebut-sebut bakal menyinar.

Sancho memulakan karier beliau di Watford sebelum membuat perpindahan ke Manchester City pada tahun 2015.

Kecewa apabila gagal mendapat tempat di bawah kendalian Pep Guardiola, Sancho membuat keputusan untuk berpindah ke Borussia Dortmund pada 2017 dengan hanya lapan juta euro sebagai wang perpindahan.

Setahun yang lalu, nilai pasaran pemain berusia 19 tahun ini naik mendadak apabila dilaporkan kelab Jerman tersebut telah meletakkan tanda harga sebanyak 120 juta euro kepada pemain kelahiran Inggeris.

Frenkie de Jong

(Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

Pemain tengah Belanda ini adalah antara pemain yang bertanggungjawab dalam membentuk skuad mantap Ajax Amesterdam musim ini apabila mereka berjaya mengejutkan Real Madrid di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara sebelum tewas di tangan Tottenham pada peringkat separuh akhir.

Tambahan daripada itu, beliau juga adalah pemain penting yang berjaya membawa Belanda ke pentas akhir Liga Negara-Negara biarpun tewas di tangan Portugal.

Kejayaan beliau bersama skuad negara dan kelab telah membuka mata Barcelona untuk membawa masuk pemain tersebut dengan tanda harga 75 juta euro dan dijangka ditambah dengan 11 juta euro.

Beliau sebelum ini berpindah ke Ajax daripada Wilem II pada 2015 dengan yuran perpindahan sebanyak satu juta euro.

Joao Felix

(File Image) (Photo by Pedro Fiúza/NurPhoto via Getty Images)

Joao Felix mula menangkap mata ramai kelab gergasi Eropah apabila berjaya menjaringkan hatrik pada perlawanan Liga bersama dengan Benfica.

Dilaporkan bahawa Manchester United dan Real Madrid berminat untuk mendapatkan pemain tersebut tetapi Atletico Madrid bakal memperoleh khidmat pemain tersebut.

Pada bulan Jun 2018, pemain berusia 19 tahun ini bernilai hanya dua juta euro dan 12 bulan kemudian, beliau bakal menjadi pemain dengan rekod perpindahan tertinggi dalam sejarah Los Rojiblancos.

Nilai pasaran pemain kelahiran Portugal ini mula meningkat sejak Januari lalu dengan dianggarkan sebanyak 70 juta euro dan Atletico Madrid dijangka meletakkan klausa perpindahan sebanyak 120 juta euro.

Nicolas Pepe

Photo by Johnny Fidelin/Icon Sport via Getty Images)

Pemain berusia 24 tahun ini tiba dari Lille dari Angers pada bulan bulan Jun 2017 dengan bayaran yuran perpindahan sebanyak 10 juta euro.

Telah membuat penampilan 74 penampilan bersama kelab dari Perancis terbabit dan sekarang dilaporkan nilai yang diletakkan oleh Lille untuk mendapatkan beliau adalah 80 juta euro.

Dengan Liverpool menjadi calon utama untuk mendapatkan pemain ini, mereka dijangka akan membayar Lille dengan harga yang ditetapkan dan tidak kurang daripada itu.

Luka Jovic

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Pemain kelahiran Serbia ini telah membuat rekod yang menakjubkan di Bundesliga apabila menjaringkan 25 gol untuk Eintracht Frankfurt pada musim ini.

Ianya telah menarik minat kelab gergasi Sepanyol mendapatkan khidmatnya dan telah bakal mendapat tempat dalam kesebelasan utama Madrid.

Beliau berpindah dari Real Madrid pada musim panas ini dengan yuran perpindahan sebanyak 60 juta euro dan ia memberi keuntungan kepada Eintracht Frankfurt yang membeli beliau daripada Benfica dengan hanya 2 juta euro.

Krzysztof Piatek

(Photo by Rafal Rusek/PressFocus/MB Media/Getty Images)

Pemain muda kelahiran Poland ini telah menjaringkan lapan gol buat AC Milan dalam 18 penampilan bersama gergasi Itali tersebut.

Beliau sebelum ini hanya bernilai 900,000 euro pada Januari 2018 dan ketika beliau masuk ke AC Milan, nilai semasa pemain tersebut adalah 40 juta euro.