Malaysia Berita

Pengulas bola sepak, Roshan Narayan tinggalkan bidang pengacaraan selepas 14 tahun

Pengulas bola sepak, Roshan Narayan akhirnya mengumumkan persaraan daripada bidang pengacaraan selepas hampir 14 tahun berkhidmat di Radio dan TV.

Berita persaraan ini telah diumumkan pada di Instagram beliau di mana beliau akan meninggalkan rangkaian penyiaran Malaysia, Astro.

Roshan memulakan kerjayanya di media & penyiaran dengan sebuah syarikat bernama Planet Movies sebagai pembantu dan kemudian berpindah ke pekerjaan yang lebih lumayan iaitu PR & pengiklanan.

Beliau seterusnya berpindah ke stesen radio bahasa inggeris, Fly FM sebelum menyertai Mix FM selama tiga tahun dan akhirnya menyertai bidang pengacaraan bola sepak dengan Astro Supersport pada tahun 2009.

“Jadi, selepas 14 tahun, masa untuk berhenti. Selepas 4 tahun dengan MixFm dan 10 [tahun] dengan Supersport (ASTRO), sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Astro! Ia telah menjadi perjalanan yang menyeronokkan!

“Terima kasih kepada semua orang yang menjayakannya dan membantu saya di sepanjang jalan [ini], sama ada di radio dan TV!

“Paling penting saya ingin mengucapkan terima kasih kepada diri saya sendiri kerana tidak pernah menyerah atau membiarkan orang memberitahu saya apa yang saya boleh atau tidak dapat dicapai! Sehingga berjumpa lagi!

“P:S – Saya harap saya telah memberi inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana, lelaki dan perempuan, bahawa ia boleh dilakukan! Saya benar-benar berharap saya telah memberi inspirasi kepada seseorang di luar sana untuk menentang kemungkinan dan mengejar impian mereka!”

Awal tahun ini pihak Football-Tribe Malaysia sempat menemubual beliau dan mendengar perjalanan kisah beliau sepanjang menjadi pengacara sukan. Selamat maju jaya buat Roshan.