Luar Negara Berita

Nasser Al-Khelaifi : “Saya 200% yakin Mbappe akan berada di PSG musim hadapan”

Nasser Al-Khelaifi menegaskan bahawa Kylian Mbappe akan kekal di Paris Saint-Germain menjelang musim depan.

Mbappe sebelum ini telah menyatakan bahawa beliau bersedia untuk cabaran baharu dan telah dikaitkan dengan perpindahan keluar ke Real Madrid dan juga Liverpool.

“Saya 200 peratus yakin dia akan berada di PSG musim depan,” kata presiden kelab itu kepada Football France.

Selepas bertahun-tahun membawa masuk pemain bintang seperti Mbappe dan Neymar, Al-Khelaifi mendedahkan bahawa dasar perpindahan PSG akan berubah.

“Saya tidak mahu lagi bintang, dalam erti kata yang tidak baik,” katanya.

“Kami akan membuat penanda aras yang mempunyai mentaliti sebagai teladan.

“Saya mahu pemain yang bersedia [untuk] memberikan semuanya bagi mempertahankan kehormatan baju [tersebut] dan sesuai dengan projek kelab ini.

“Mereka yang tidak mahu atau tidak faham, kita [sedang] bercakap mengenainya.

“Sudah tentu, terdapat kontrak yang mesti dihormati, tetapi keutamaan sekarang adalah projek kami.”

Masa depan Neymar telah menjadi topik hangat di seluruh Eropah pada musim panas ini dengan Real Madrid dan Barcelona dilihat berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Al-Khelaifi menegaskan bahawa pemain Brazil itu tahu apa yang dia lakukan ketika dia menandatangani kontrak untuk PSG pada 2017.

“Tiada siapa yang memaksanya masuk ke sini, tidak ada sesiapa yang menolaknya,” kata Al-Khelaifi.