Luar Negara Berita

Liga Super : JDT sedia hadapi Selangor

Johor Darul Ta’zim bakal menurunkan barisan terkuat mereka apabila melayani kunjungan Selangor pada pertembungan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Perlawanan dengan PKNP FC minggu lalu mungkin satu perlawanan yang mahu dilupakan oleh para pemain JDT apabila berakhir seri, 1-1.

Walau bagaimanapun, Selangor bakal menjadi mangsa keghairahan untuk menang JDT apabila mahu terus mengutip tiga mata penuh bagi merealisasikan impian mereka bagi menjulang piala Liga Super buat kali keenam.

Bagi Figueora, keputusan seri dengan PKNP FC baru-baru ini adalah salah satu episod yang mereka mahu lupakan dan akan menebus kekecewaan tersebut ketika menerima kunjungan Selangor.

“Selangor adalah pasukan yang hebat dan kami harus berwaspada dengan corak permainan lawan dan mereka akan turun untuk cuba mengecewakan kami namun kami bersedia untuk beri tentangan pada perlawanan itu nanti,” kata Figueroa.