Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : Perak mudah ratah Terengganu

Perak berjaya menewaskan Terengganu FC di halaman sendiri dengan jaringan 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, malam tadi.

Kemenangan selesa tuan rumah disusuli oleh insiden kad merah yang dikenakan kepada Dechi Marcel yang mengasari Leandro Dos Santos.

Peluang ini dimanfaatkan oleh para pemain Perak untuk menjaringkan gol pertama menerusi Shahrul Saad pada minit ke-34 sebelum Ronaldo dan Mohd Nafuzi Mahammad Zain masing-masing menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

Terengganu mendapat gol saguhati pada minit ke-88 menerusi Thierry Chanta Bin setelah mendapat sepakan percuma yang diberikan pengadil perlawanan.

Kemenangan ini melonjakkan Perak ke kedudukan kelima Liga Super dengan hanya dibezakan satu mata oleh Kedah dan Selangor.