Luar Negara Berita

Gara-gara peminat, Ronaldo minta bas pasukan dihentikan

Cristiano Ronaldo telah melakukan tugas penting buat Portugal di dalam dan luar padang apabila beliau menghentikan bas pasukan untuk mengambil gambar dengan seorang kanak-kanak.

Menurut laporan daripada Flash Portugal, kanak-kanak tersebut, Eduardo Moreira memegang satu tanda yang ditulis dengan dakwat hitam untuk bintang Juventus tersebut yang ditulis seperti berikut ; “Cristiano, berikan saya pelukan”

Dan apabila Ronaldo melihat kanak-kanak itu, beliau meminta agar bas pasukan dihentikan dan pegawai keselamatan membawa kanak-kanak tersebut naik ke atas bas untuk berjumpa Ronaldo.

Flash Portugal juga menulis dalam laporannya bahawa kanak-kanak berusia 11 tahun sedang menghidap leukemia setahun yang lalu dan ia bakal menjadi kenangan istimewa buat Moreira.