Luar Negara Berita

AC Milan terlepas aksi Liga Juara-Juara

Milan terlepas kedudukan empat terbaik Serie A biarpun berjaya memenangi perlawanan dengan SPAL, 3-2 semalam.

Kedua-dua pasukan seteru terdekat mereka, Inter dan Atlanta berjaya menewaskan lawan masing-masing pada malam terakhir Serie A, di mana anak buah Gennaro Gattuso menghabiskan musim ini ditangga ke lima.

Ia adalah perlawanan yang sempurna buat Milan selepas berjaya mendahului permainan dalam masa 23 minit. Hakan Calhanoglu dan Franck Kessie muncul penjaring yang bertanggungjawab meletakkan Milan selesa di depan.

Dua gol pendahuluan daripada Milan akhir berjaya dikejar oleh SPAL pada separuh masa pertama melalui Franceso Vicari yang menanduk masuk menewaskan Pepe Reina sebelum Mohamed Salim menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.