
Usaha Presiden FIFA, Gianni Infantino, untuk mengembangkan Piala Dunia 2022 kepada 48 pasukan, di mana katanya dapat membantu menangani masalah keamanan yang berlaku di Timur Tengah, telah berakhir dengan kegagalan apabila kejohanan itu, tetap akan dimainkan dengan 32 pasukan di Qatar pada 2022 nanti.
Pelan ini dilihat adalah salah satu usaha Infantino untuk mencapai kesepekatan dengan semua negara arab setelah dilihat berlaku jurang sesama mereka – Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan hubungan pada Jun 2017.
Infantino dalam hujahnya pada November 2018 menyatakan usaha menambah pasukan yang bersaing dalam perlawanan Piala Dunia dilihat sebagai satu usaha untuk mengembalikan tali persahabatan antara negara-negara arab kerana bagi beliau ‘bola sepak adalah keajaiban’ dan satu kajian telah dilaksanakan bermula tahun lalu, tetapi melihat daripada perkembangan terbaru, keajaiban seolah tidak akan wujud.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dua minggu sebelum keputusan itu dibuat pada kongres FIFA, 5 Jun lalu, berkata, “berikutan proses perundingan yang menyeluruh dan komprehensif dengan penglibatan semua pihak berkepentingan yang berkaitan, disimpulkan bahawa cadangan sedemikian tidak boleh dibuat sekarang. ”
Melalui laporan yang dikeluarkan oleh The Guardian, sekiranya sekatan antara dua negara – UAE dan Bahrain – masih wujud, kejohanan Piala Dunia 2022 tidak mungkin dapat dijalankan dalam masa terdekat walaupun mereka sudah bersetuju untuk berkongsi dengan Qatar.
Selain daripada itu, isu pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi tahun lalu di Istanbul juga antara punca mengapa cadangan ini tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Manakala, Oman telah menolak untuk menjadi salah satu tuan rumah kejohanan terbabit biarpun mereka tidak menghadapi mana-mana sekatan daripada negara-negar arab. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh The Guardian, Oman menolak peluang ini kerana mereka tidak mempunyai cukup masa dalam menyiapkan segala kemudahan, biarpun Infantino telah mengadakan lawatan rasmi bulan lalu ke Kuwait.
Setelah dipilih menjadi tuan rumah pada 2010, Qatar telah menghabiskan berbilion-bilion dolar. Antaranya mereka telah memperluaskan Stadium Khalifa dan telah membina tujuh arena lain dengan lebih $ 200 juta dibelanjakan untuk sistem pengangkutan yang baharu, jalan raya dan infrastruktur yang lain.
Hassan Al Thawadi, Setiausaha Agung Jawatankuasa Tertinggi Qatar berkata pada November tahun lalu bahawa mereka sudah bersedia dengan segala kemungkinan dan tetap akan meneruskan persedian untuk menghadapi kejohanan terbabit.
FIFA dalam satu kenyataan yang dibuat hari ini menyimpulkan bahawa agak sukar untuk menganjurkan perlawanan dengan 48 pasukan dalam masa terdekat. Oleh itu, Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan tetap dilakukan tetapi dengan hanya 32 pasukan.
Dalam satu kenyataan, Hassan berkata, “Qatar sentiasa terbuka kepada gagasan kejohanan yang diperluaskan pada tahun 2022 dengan mempunyai model operasi yang baik dan semua pihak membuat kesimpulan bahawa edisi 48 pasukan yang diperluaskan adalah demi kepentingan terbaik bola sepak dan Qatar sebagai negara tuan rumah.
“Analisis bersama, dalam hal ini, menyimpulkan bahawa disebabkan memerlukan persiapan yang lebih dan keperluan untuk penilaian tentang kesan logistik, lebih banyak masa diperlukan dan keputusan tidak dapat diambil sebelum tarikh akhir bulan Jun. Oleh itu, ia memutuskan untuk tidak meneruskan pilihan ini lagi.
“Dengan hanya tiga setengah tahun berlalu sebelum sepak mula, Qatar tetap komited untuk memastikan Piala Dunia, 32 pasukan pada tahun 2022 merupakan salah satu kejohanan yang terbaik dan salah satu yang menjadikan seluruh dunia Arab bangga.”