Manchester City menghancurkan Watford 6-0 di Wembley untuk memenangi Piala FA dan menjadi pasukan pertama untuk melengkap treble domestik.
Selepas Watford mendekati pengadil dengan rayuan untuk penalti, City berjaya memimpin perlawanan menerusi penamat pintar David Silva dari jarak 12 meter (26), dan telah berjaya menyamakan rekod kemenangan terbesar pada 1903 di antara Bury yang mengalahkan Derby 6-0.
Mereka menggandakan kelebihan mereka menerusi sentuhan Gabriel Jesus pada minit ke-38 yang akhirnya dijaringkan oleh Raheem Sterling, sementara pemain gantian Kevin De Bruyne mendapatkan gol ketiga untuk memberi kedudukan yang jauh lebih selesa buat Pep Guardiola.
Terdapat kontroversi pada perlawanan terbabit di mana adakah gol kedua City dihadiahkan kepada Sterling atau Gabriel Jesus.
Keputusan awal menyaksikan gol tersebut dihadiahkan kepada Sterling akan tetapi ianya diubah dan dihadiahkan kepada Gabriel Jesus untuk gol kedua perlawanan.