Liga Super Malaysia Berita

Selangor kena ikat di Manjung

Selangor gagal meneruskan rentak kemenangan selepas terikat seri 1-1 dengan PKNP FC dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi.

Pada perlawanan tersebut, Selangor memulakan aksi serangan awal pada minit ke-16 menerusi Taylor Regan tetapi berjaya ditepis Ahmad Asyraaf Omar.

Ifedayo Olusegun meneruskan aksi cemerlang apabila berjaya meledak gol pertama pada minit ke-29 menerusi hantaran Sandro da Silva dari sebelah kiri

Namun pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua dengan rembatan G Mugenthiran di penjuru kiri gawang lawan selepas menerima lorongan Yashir Pinto.