Kolum

Apa yang perlu dilakukan untuk menewaskan Pep Guardiola?

Liverpool berjaya mendapat 97 mata pada musim ini dan berada di tangga kedua, di mana hanya dibezakan satu mata dengan pasukan Manchester City dan ia pastinya menimbulkan pelbagai tanda tanya apa yang perlu dilakukan untuk memenangi gelaran liga menentang pasukan Pep Guardiola.

Jurulatih daripada Catalan ini telah menjadi pakar dalam saingan liga domestik sejak Joan Laporta mengupahnya sebagai jurulatih utama pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona pada musim panas 2008.

Dalam 10 musim beliau berkhidmat sebagai ketua jurulatih, Guardiola telah berjaya memenangi lapan gelaran, satu rekod yang luar biasa apabila selepas mengambil kira kesukaran untuk mempertahankan kejuaraan domestik.

Bagi merebut gelaran domestik dengan Guardiola, seorang pengurus itu seharusnya menjadi sempurna atau lebih baik dari Guardiola.

(Photo by David Ramos/Getty Images)

Untuk rekod, hanya dua jurulatih yang berjaya mengatasi Guardiola dan mereka adalah Jose Mourinho dan Antonio Conte, dua pengendali yang mempunyai ciri yang sama dalam terjemahan taktikal mereka.

Di Real Madrid, Mourinho yang dilahirkan di Portugal telah berjaya mencapai 100 mata bagi memenangi La Liga pada musim 2011/12, sementara Conte daripada Itali telah berjaya mendapatkan 93 mata ketika pasukannya, Chelsea bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

Manakala bagi pasukan Jurgen Klopp, biarpun mengutip mata yang tinggi, tetapi kekalahan di tangan City pada Januari lalu jelas merencatkan perancangan mereka.

Liverpool hanya tewas satu perlawanan, mengutip mata tertinggi dalam sejarah tempat kedua Liga Perdana Inggeris dan akhirnya terlepas gelaran liga.

Jurgen Klopp telah melakukan kerja yang baik sepanjang beliau mengemudi Liverpool dan sudah pasti beliau tidak sabar untuk memulakan musim baharu bagi mencari kunci melepasi Guardiola.

(Photo by Thomas Niedermueller/DFL via Getty Images)

Manchester City telah bertindak di luar kebiasaan dalam menafikan peluang Liverpool dan kutipan mata pada musim ini dan musim lepas hanya dijarakkan dengan dua mata – 100 mata pada musim lepas dan 98 mata musim ini.

Selain daripada kuasa wang, anda seharusnya menjadi lebih baik daripada Guardiola. Daripada 1104 mata, Guardiola telah memenangi 906 mata dalam masa 10 musim.