Kajian & Analisis

Virgil van Dijk – Menyinar di balik tembok pertahanan

Virgil van Dijk telah dinobatkan sebagai pemenang bagi anugerah PFA Player of the Year musim ini.

Ada yang mengatakan bahawa Raheem Sterling berhak untuk memenangi anugerah itu dan ia disokong dengan beberapa siri persembahan yang baik daripada pemain sayap Manchester City tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak ada yang boleh membantah dengan kemenangan Virgil van Dijk, di mana beliau telah memberi persembahan yang gigih dan baik.

Pemain berusia 27 tahun itu dibawa masuk ke Anfield dengan harga £75 juta dan beban tanda harga itu sepatunya meletakkan beliau pada situasi tertekan bagi mana-mana pemain yang tidak mampu mengawal situasi tersebut, tetapi tidak bagi Van Dijk.

Persembahan baik beliau pada musim 2018/19 telah meletakkan Liverpool di dalam situasi untuk memenangi kejuaraan liga dengan perbezaan satu mata dengan City, manakala kebanyakkan wartawan, pakar dan bekas pemain profesional, terutamanya Paul Merson, bersetuju bahawa Van Dijk adalah pertahanan terbaik dunia.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Tetapi bagaimana seorang pertahanan yang berdiri di belakang bahagian tengah mampu memberi impak yang besar kepada kejayaan pasukan di atas padang?

Beberapa musim yang lalu, pemain penyerang Liverpool yang banyak membantu kelab tersebut dalam bersaingan memenangi kejuaraan liga –  Robbie Fowler, Fernando Torres dan Luis Suarez.

Situasi ini tidak berlaku pada zaman Jamie Carragher, Sami Hyypia, Alan Hansen atau bahkan sejauh Ron Yeats, di mana mampu memimpin pasukan bagi mengetuai perang dalam memenangi Liga Perdana.

Statistik pusat pertahanan Liverpool sejak diketuai oleh Van Dijk paling menyerlah pada tahun-tahun kebelakangan ini dengan hanya bolos sebanyak 20 gol dalam 35 perlawanan Liga Perdana.

(photo by David Blunsden/Action Plus via Getty Images)

Menurut data yang dikeluarkan oleh Who Scored, Van Dijk telah merekodkan sebanyak 7.42, dengan hantaran tepat sebanyak 89% dan merekodkan kemenangan diudara sebanyak 4.7 setiap perlawanan. Dari sudut pandang pertahanan, Van Dijk merekodkan satu bentesan bersih pada setiap satu perlawanan, 1.1 bentesan dan 5.4 buangan bola daripada kawasan bahaya, di mana ia adalah rekod yang sangat baik bagi seorang pertahanan yang bermain di Liga Perdana.

Tetapi apa yang paling menakjubkan daripada rekod beliau adalah tidak ada seorang pemain musim ini yang mampu mengelecek melepasi Van Dijk. Bahkan pemain pertahanan lagenda seperti Nemanja Vidic, John Terry atau Vincent Kompany tidak pernah mencapai apa yang telah dicapai oleh Van Dijk.

Ia benar-benar menunjukkan bahawa Van Dijk adalah pemain yang luar biasa. Dia bukan sahaja seorang pemain bola sepak, tetapi seorang pemimpin yang membuatkan orang disekelilingnya menjadi lebih baik dalam satu organisasi pertahahan.