Selangor United membuatkan pasukan Johor Darul Ta’zim berpeluh biarpun mencipta kemenangan 2-0 dalam saingan dalam saingan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).
Nuraizat Abdul Aziz menarik nafas lega apabila cubaan pemain tuan rumah Kumaahran hanya sedikit tersasar daripada tiang gol Selangor United.
Ketumpulan Mohamad Ghaddar di bahagian serangan ditambah pula beberapa gerakan mengecewakan membuatkan aksi 30 minit awal terasa sedikit bosan.
Apabila perlawanan dihentikan selepas wisel separuh masa kedua, pengadil perlawanan, Noor Azriel Baharuddin memulakan kembali lima minit selepas itu.
Tuan rumah tak mengalah malah mengerah lebih tenaga bagi menggandakan asakan namun dikecewakan apabila cubaan Ghaddar pada minit ke-57 dikeluarkan di atas garisan oleh kapten, Clovis Anzite-Touadere ketika penjaga gol.
Nasib sentiasa mencari orang yang sabar apabila usaha tuan rumah berhasil mencipta gol pertama perlawanan menerusi jaringan minit ke-66 oleh Kumaahran.
Gol kedua tuan rumah hadir pada minit ke-78 menerusi Darren bagi melengkapkan kemenangan selesa serta berdiri gah di puncak liga.