Liga Super Malaysia Berita

Felda United perlu bangkit jika mahu kekal dalam saingan Liga Super

Felda United FC berjaya mencatat keputusan seri dengan pasukan Melaka United, 1-1 malam tadi.

Bagi pengendali Felda, Mohd Nidzam Jamil percaya dengan kemampuan anak buahnya untuk kekal bersaing dalam kancah Liga Super musim hadapan.

Setakat ini, lapan mata dalam 11 perlawanan memerlukan Felda United untuk bekerja lebih keras bagi mengelak daripada terkeluar daripada saingan Liga Super.

“Saya mahu pemain bangkit dengan prestasi lebih padu sebaik beraksi di pusingan kedua liga.

“The Fighters perlu berganjak untuk mengelak di zon penyingkiran untuk memastikan kami kekal di Liga Super musim depan,” katanya.

Beliau turut memuji semangat anak buahnya biarpun ketinggalan 1-0.

“Motivasi pemain juga bagus terutama pada babak kedua untuk memastikan kita tidak tewas kepada Melaka United,” katanya.