Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Ridzuan Sheikh Ahmad menegaskan setiap persatuan wajib untuk menghormati penyokong dan pemain sebagai keutamaan.
Ini susulan daripada pemotongan mata yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).
Amalan tidak sihat ini menunjukkan tahap rendah profesionalisme yang ditunjukkan oleh KAFA dalam mengendalikan pasukan.
Ridzuan Sheikh juga meminta agar KAFA tidak lepas tangan dan perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
“Tidak timbul ini kesalahan siapa kerana mana-mana individu yang dilantik sebagai pemimpin persatuan perlu tahu secara terpeirinci tentang persatuan termasuk berapa hutang yang ada. Selain imej negara, persatuan dan pasukan tercalar, ia juga menggambarkan sikap tidak profesional,” kat Ridzuan.
“Pemain berhempas-pulas atas padang untuk mendapatkan mata buat pasukan tetapi akhirnya mata yang diraih hilang begitu saja. Jangan lepas tangan untuk selesaikan masalah ini… hormatilah pemain dan juga penyokong yang ‘melabur’ datang ke stadium untuk beri sokongan kepada pasukan.” katanya kepada Berita Harian.