Luar Negara Berita

Marseille teruskan rentak kemenangan tanpa Balotelli

Biarpun kehilangan khidmat penyerang Mario Balotelli ketika mengatasi Nimes 2-1, Marseille meneruskan misi mereka memburu tempat ke Liga Juara-Juara.

Pada perlawanan terbabit, Marseille dibantu dengan drama saaat akhir Video Bantuan Pengandil (VAR) awal pagi tadi.

Penyerang Itali, Bolatelli telah meledak tujuh gol dalam 11 perlawanan dan menjadi antara pencetus kebangkitan Marseille.

MARSEILLE, FRANCE – APRIL 13: Dimitri Payet during Olympique de Marseille v Nimes Olympique – Ligue 1 at Stade Velodrome on April 13, 2019 in Marseille, France. (Photo by Guillaume Ruoppolo – OM/OM via Getty Images)

Namun, beliau terpaksa meninggalkan pada minit ke 12 selepas mengalami kecederaan.

“Dia terpaksa dikeluarkan kerana dilihat tidak cergas 100 peratus,” kata pengendali Marseille, Rudi Garcia.

“Dia mahu terus kekal dalam padang tetapi tidak guna untuk pemain tidak cergas meneruskan aksi.”

Marseille kini memintas Saint-Etienne bagi pemburuan slot ke pentas Eropah selepas menumpaskan Nimes.