Luar Negara Berita

Marcus Rojo jalani latihan bersama kelab Estudiantes

Manchester United telah memberi kebenaran kepada Marcos Rojo untuk menjalani latihan dengan Estudiantes, kata kelab Argentina itu.

Pemain berusia 29 tahun beraksi buat kali terakhir untuk United adalah sewaktu kekalahan 2-1 Liga Juara-Juara di Valencia pada Disember lalu dan hanya membuat tiga penampilan sepanjang musim ini.

Chris Smalling dan Victor Lindelof telah menjadi pilihan utama United sejak Ole Gunnar Solskjaer menggantikan Jose Mourinho.

Estudiantes dalam kenyataan di Twitter rasmi kelab tersebut, “tiada apa-apa yang dapat mengalahkan sambutan hari lahir anda di rumah! Marcos Rojo hadir di City Bell untuk menjalani latihan dengan kebenaran @ManUtd.”

Rojo mempunyai dua tahun lagi dalam kontraknya di United dan mempunyai pilihan untuk melanjutkan kontraknya setahun lagi.