Ryan Giggs membalas kritikan Zlatan Ibrahimovic selepas bekas pemain kebangsaan Sweden itu mengkritik Kelas 92′, di mana dengan nada gurauan Giggs berkata “jelas dia (Zlatan) tahu lebih banyak tentang kelab daripada kami”.
Ibrahimovic, yang bermain untuk United antara 2016 dan 2018, merujuk kepada Kelas ’92 sebagai “orang-orang di sekeliling Ferguson” dan menuduh mereka terlalu kritikal terhadap kelab ketika bekerja sebagai pengkritik serta lantang mengkritik Paul Pogba.
David Beckham, Paul Scholes, Gary Neville, Phil Neville, Nicky Butt dan Giggs membentuk Kelas ’92, dengan Butt, pengarah akademi United, satu-satunya Kelas 92′ yang masih mempunyai hubungan dengan kelab.
Ibrahimovic mencadangkan mereka harus mencari kerja di United daripada mempromosikan pandangan negatif mengenai kelab itu, tetapi Giggs, yang merupakan jurulatih di United di bawah David Moyes dan Louis van Gaal mempunyai pandangan yang berbeza.
“Apabila anda bermain lebih daripada 2,000 perlawanan untuk Manchester United di antara kami, kami boleh memberi pendapat,” kata pengurus Wales, Giggs, menjelang perlawanan persahabatan Trinidad dan Tobago, Rabu ini.
“Kadang-kadang positif, kadang-kadang negatif tetapi saya tidak fikir ia tidak memberi kesan kepada keputusan. Kami juga adalah penyokong, bersama bekas pemain lain yang berada di TV atau di radio.
“Itulah bola sepak, mempunyai pendapat yang berbeza, tetapi jelas dia tahu lebih banyak tentang kelab daripada kami.”
Giggs dan bekas Kelas 92′ – Neville, Scholes, Butt, David Beckham dan Phil Neville – bermain sejumlah 3,450 perlawanan sepanjang tempoh mereka bersama United.
Ibrahimovic bermain 53 perlawanan untuk United selepas ditandatangani José Mourinho pada musim panas 2016 sebelum menyertai LA Galaxy pada bulan Mac 2018.