Liga Super Malaysia Berita

Kedah Berkongsi Mata Di Halaman Sendiri

Kedah terpaksa akur berkongsi mata dengan PKNS apabila pasukan Helang Merah gagal menjaringkan sebarang gol pada pertemuan Liga Super di Stadium Darul Aman tadi.

Kedah turun dengan motivasi untuk mencatat kemenangan ke empat mereka setelah berjaya menundukkan PJ City FC minggu lalu manakala pasukan pelawat, PKNS turun dengan harapan untuk memburu kemenangan ke tiga.

Anak buah Datuk K. Rajagopal dan Aidil Sharin bermula baik pada babak pertama dengan beberapa peluang terhidang tetapi gagal di manfaatkan. Termasuk peluang ke emasan yang di miliki Gabriel Miguel Guerra menerusi hantaran Siward. Kedah pula terus mengasak dengan beberapa cubaan daripada penyerang mereka, Bauman.

Kedah bakal menghadapi misi sukar pada minggu hadapan apabila bakal turun dengan ketiadaan Renan da Silva selepas beliau dikenakan kad merah oleh pengadil.

Ketiadaan beliau bakal menjadi masalah buat Kedah kerana selepas ini mereka akan ke Pahang sebelum dikunjung oleh pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim minggu kedua selepas pertembungan di Kuantan.