Malaysia Berita

Sandro Bakal Sarung Jersi Selangor?

Menjelang jendela akhir perpindahan, pasukan Selangor membuat perubahan terakhir apabila melepaskan Antonio German yang gagal beraksi dengan cemerlang.

Antonio German sebelum ini dikritik oleh penyokong Red Giants berikutan aksi yang kurang memuaskan sejak daripada tiga perlawanan awal Liga Super.

Beliau bakal digantikan dengan pemain daripada Brazil yang pernah beraksi bersama Kedah, Sandro da Silva.

Khabar berita ini belum rasmi diputuskan oleh pihak Persatuan Bolasepak Selangor kerana proses perpindahan belum selesai sepen

Menurut pengurus pasukan Selangor, Datuk Abdul Rauf Ahmad berkata, “Bila sudah selesai semuanya nanti kita akan umumkan. Cuma apa yang saya boleh maklumkan akan ada perubahan dalam senarai pemain import dan pemain itu dijangka sampai Jumaat ini.

“Setakat ini hanya German seorang saja (digugurkan), (pemain import) yang lain masih kekal,” kata kepada Berita Harian.

Beliau juga turut menjelaskan bahawa salah seorang pemain Perlis bakal melengkapkan jendela akhir perpindahan musim ini.

“Kita belum tandatangan lagi sebab esok kita akan buat ujian perubatan. Jika tiada masalah kita boleh daftar dia dan saya difahamkan juga pemain Perlis diberi tempoh lanjutan pendaftaran,” katanya kepada Berita Harian.