Kolum

Bakat Muda Yang Bakal Membarisi Barcelona

Barcelona sudah bersedia jika suatu hari nanti, pemain paling bernilai pasukan tersebut, Lionel Messi mengumumkan untuk bersara atau meninggalkan kelab terbabit menurut Presiden Kelab Barcelona,  Josep Maria Bartomeu

Bartomeu memberitahu Football Daily, “mandat saya akan selesai dalam dua musim, jadi saya perlu meninggalkan kelab itu dalam kedudukan yang baik dan memberitahu presiden baru, ‘itulah warisan kita.’ ”

Beliau yang akan meninggalkan kelab pada 2021 mengakui bahawa selama ini, Barcelona terlalu bergantung harap dengan pemain No. 10, Messi yang sekarang sudah mencapai umur 31 tahun, “Pada suatu hari nanti Lionel akan mengatakan dia mahu bersara.”

Disebabkan hal itu, beliau sekarang merancang untuk mendapatkan lebih ramai pemain muda bagi kunci kepada kejayaan masa hadapan, “Kami membawa pemain muda yang hebat kepada pasukan kerana kami perlu meneruskan era kejayaan ini. Itulah tanggungjawab kami.”

Kesan yang ditinggalkan Messi.

Oleh kerana bentuk tubuhnya yang pendek, Messi mempunyai pusat graviti yang lebih rendah daripada pemain yang lebih tinggi, yang memberikannya ketangkasan dan membolehkannya mengubah arah dengan lebih cepat.

Penjaring gol yang produktif, Messi dikenali disebabkan penamat, kedudukan, reaksi cepat, dan kemampuan untuk membuat serangan menyerang untuk mengalahkan garis pertahanan.

Dia juga berfungsi dalam peranan pemain yang membantu mencari gol dengan visi yang tepat dan tendangan jarak jauh yang  baik membuatkan beliau adalah pemain terbaik sepanjang zaman.

Barcelona telah memenangi empat trofi Liga Juara-Juara sejak pemain Argentina itu membuat penampilan sulunganya. Kelab ini masih bergantung kepada beliau yang mempunyai rekod 29 gol dan 17 bantuan gol musim ini.

Dengan rekod 581 gol yang dijaringkan dan 246 bantuan gol sejak membuat aksi sulung pada musim 2004/2005, Messi telah dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang masa untuk Barcelona.

Beliau juga turut memenangi kejuaran La Liga bersama Barcelona sebanyak sembilan kali.

Dalam masa yang sama, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang Ballon D’or sebanyak 5 kali.

De Jong, Malcom, Dembele dan Melo bakal pelapis masa hadapan.

Proses mendapatkan pemain muda sudah bermula dengan kedatangan Frenkie de Jong dari Ajax.

Barca membayar £ 65.3 juta untuk menandatangani pemain tengah yang serba boleh, yang akan secara rasmi melengkapkan perpindahannya ke Sepanyol pada musim panas nanti.

Biarpun hanya berumur 21 tahun, De Jong adalah bintang muda yang akan terus berkembang dan memikat para penonton di Eredivisie dengan teknik dan keupayaan beliau.

De Jong bukan satu-satunya import yang baru ditandatangani kelab besar Sepanyol itu. Mereka juga dalam perancangan untuk membawa masuk pemain pertahanan tengah Toulouseuntuk berusia 19 tahun, Jean-Clair Todibo.

Selain daripada itu, pemain tengah sedia ada, Arthur Melo, berusia 22 tahun sudah menjadi barisan penting yang bakal membarisi skuad Barcelona.

Pada 24 July yang lalu, pengurusan Barcelona sudah mendapatkan Malcom daripada Bordeaux dengan nilai perpindahan €41 juta dan beliau telah menunjukkan aksi beliau yang sebenar pada Rabu lalu ketika seri menentang Real Madrid di separuh akhir Copa del Rey.

Kehadiran Ousmane Dembele, berusia 21 tahun dan memiliki kemampuan untuk mengelecek lawan adalah antara pelapis yang bakal duduk sama tinggi dengan Lionel Messi di masa hadapan. Beliau juga turut menggalas harapan para penyokong Barcelona yang mahu melihat beliau menjadi antara pemain terbaik dunia.