Berita Asian Cup

Jepun Ambil Jalan Susah

Juara empat kali Piala Asia hampir dimalukan oleh Turkmenistan apabila memilih jalan susah untuk menewaskan lawan mereka.

Sepakan deras Arslan Amanov pada separuh pertama mengejutkan juara empat kali jepun sebelum Yuyo Osaka menjaringkan dua gol untuk memimpin kebangkitan Jepun.

Bagaimanapun, Turkmenistan cuba untuk bangkit pada minit ke 79 menerusi jaringan penalti Ahmet Atayev tetapi gol ketiga Jepun pada minit ke 71 menyelamatkan keadaan.

Perlawanan Jepun menentang Turkmenistan adalah petanda bahawa pasukan besar tidak seharusnya memandang rendah lawan mereka.

“Pertandingan pertama selalu sedikit istimewa dan kami menjangkakan pertempuran,” kata jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu, yang merasa lega untuk meraih kemenangan.

“Jelas sekali kami gembira dapat meraih tiga mata namun kami mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan untuk perlawanan seterusnya.”

Terdahulu dalam perlawanan pembukaan, juara bertahan Australia dikejutkan 1-0 oleh Jordan, Korea Selatan terpaksa berusaha keras untuk menang 1-0 ke atas Filipina dan China memerlukan gol sendiri untuk mencipta kemenangan 2-1 ke atas Kyrgyzstan.

Biarpun tewas kepada Samurai Biru, pengendali Turkmenistan, Yazguly Hojageldiyew memuji para pemain beliau serta terkejut dengan kemampuan yang ditunjukkan pemain beliau pada babak pertama perlawanan.

“Saya sebenarnya terkejut dengan prestasi yang kami lakukan pada babak pertama,” kata beliau.

“Kami tewas pada babak kedua, tetapi kami belum keluar daripada saingan. Kami akan memberikan segala-galanya dalam dua perlawanan berikutnya. ”

Dalam perlawanan Kumpulan F yang lain di Sharjah, Eldor Shomurodov adalah wira untuk Uzbekistan meraih kemenangan 2-1.