Pertahanan kiri negara, Nazirul Naim meramalkan bahawa gandingan Nguyen Ahn Duc dan Nguyen Cong Phuong perlu diberi perhatian lebih menjelang pertemuan di pentas final Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Gandingan kedua pemain ini akan menjadi duri dalam daging yang mampu untuk menghancurkan impian negara untuk mendapat keputusan yang selesa esok.
“Kami sudah membuat kajian menerusi rakaman video dan kami lihat ada beberapa pemain Vietnam yang perlu diawasi contohnya seperti pemain nombor 11 (Ahn Duc) dan nombor 14 (Cong Phuong)
“Jadi kami menunggu perancangan jurulatih dan apa pendekatan yang akan digunakan untuk menghadapi cabaran lawan pada perlawanan terbabit,” katanya kepada Berita Harian.