Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Pemain Muda Adalah Kekuatan Kami – Park Hang-seo

Vietnam yang dibarisi oleh barisan pemain muda yang menjadi naib juara Piala AFC 2018 yang berlangsung di China awal tahun ini bukanlah lawan mudah buat Malaysia. Mereka mempunyai kekuatan daripada segi kepantasan menyerang. 

Pada perlawanan pertama diperingkat Kumpulan A yang menyaksikan pasukan negara tewas, kebanyakkan gol Vietnam hadir daripada taktik menyerang yang baik dipamerkan oleh pemain muda mereka. 

Bagi pengendali Vietnam, Park Hang-seo kekuatan pasukan Golden Dragon adalah barisan pemain mereka yang dibarisi oleh pemain muda yang mempunyai keinginan untuk menang yang tinggi.

“Kekuatan terbesar kami dalam kejohanan ini ialah kami mempunyai banyak pemain muda yang bermakna mereka sangat bertenaga,” Kata beliau kepada media.

Vietnam mempunyai skuad yang sangat muda yang dapat membentuk tulang belakang untuk pasukan kebangsaan negara untuk tahun-tahun akan datang. 

Pemain kreatif seperti Nguyen Quang Hai yang berumur 21 tahun, pertahanan tengah Tran Dinh Trong juga pada usia yang sama, dan Do Duyh Manh yang berumur 22 tahun memainkan peranan utama dalam mereka mencapai sehingga ke peringkat akhir.

Justeru bagi beliau, walaupun mereka masih muda dan kurang berpengalaman. Tetapi beliau tetap percaya dengan kemampuan mereka.

“Mereka mungkin kurang pengalaman, tetapi kami telah banyak berbincang mengenai perkara ini dalam pertemuan pasukan. Dan kita akan cuba mencari cara untuk memperkuatkan pasukan kita lebih,” katanya kepada media.

Pada pertemuan pertama di peringkat Kumpulan A menyaksikan pasukan negara tewas 0-2 ditangan Vietnam hasil daripada jaringan Nguyen bersaudara. 

Justeru, bagi jurulatih Vietnam beliau tidak mahu mengambil mudah perlawanan ini walaupun pernah menewaskan Malaysia sebelum ini.

“Sudah tentu, skuad dan jurulatih Malaysia masih sama tapi kami memenangi perlawanan itu di peringkat kumpulan dan perkara-perkara akan berbeza di akhir yang pasti.

“Saya yakin Malaysia telah bersedia untuk mencari kelemahan kita dan kita juga melakukan perkara yang sama untuk mencari cara yang dapat kita dedahkan kelemahan mereka tetapi kita telah bersedia dengan baik dan bersedia untuk mengatasi apa yang akan menjadi cabaran yang sukar.