Malaysia Berita

Manaf Mamat Sedia Bersara

Bekas penyerang kebangsaan yang pernah beraksi pada Piala AFF edisi 2014, Manaf Mamat sedang dalam pertimbangan untuk bersara daripada kancah bolasepak Malaysia apabila belum dipanggil untuk menyertai mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga-M)

“Ini yang meresahkan saya kerana sesetengah pasukan difahamkan sudah memulakan latihan awal sebagai persiapan menjelang saingan musim depan.

“Saya pula masih ternanti-nanti dan mencari pasukan yang mahukan khidmat saya musim depan, tapi saya tidak akan putus asa sebaliknya akan berusaha lebih gigih lagi mencari pasukan sebelum jendela pendaftaran pemain ditutup.

“Jika tiada rezeki musim ini saya pasrah dan terpaksa bersara awal dalam sukan yang saya cintai ini,” ujar Manaf kepada Berita Harian.

Sebelum ini beliau dikatakan bakal pulang untuk menyertai pasukan Terengganu dan bergandingan dengan Mohd Ashari Samsuddin. Tetapi setelah senarai nama di keluarkan oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), nama Manaf Mamat tidak disenaraikan. 

“Jika diberi pilihan saya mahu berkhidmat di Terengganu sama ada pasukan Terengganu FC ataupun Terengganu FC II, tapi jika dapat peluang bersama pasukan lain saya akan pergi,” katanya kepada Sukan NSTP.