Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Farizal Mahu Bahagian Serangan Baiki Penyudah

Penjaga gol berpengalaman negara, Farizal Marlias percaya pasukan tuan rumah sudah berada dalam tekanan menjelang sepak mula separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018, hari ini.

Pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Farizal kelihatan lebih tenang apabila kubu beliau tidak diasak terlalu banyak pada malam itu malah penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom yang perlu bekerja keras menyelamatkan gawang gol Thailand.

Bermain dihadapan penyokong lawan, skuad Tan Cheng Hoe hanya memerlukan seri 1-1 jika mahu layak ke pentas final melalui gol ditempat lawan. Tetapi beliau tidak datang hanyak untuk keputusan seri malah mahu membuktikan sesuatu di Stadium Rajamangala hari ini.

“Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama, kami tahu ia tidak mudah untuk mendapatkan keputusan tapi saya yakin kami boleh memberi tekanan kepada pasukan tuan rumah. Apa yang kami lihat dalam perlawanan pertama adalah satu tanda positif bagaimana kami bermain dan saya berharap hari ini kita boleh memperbaiki bahagian serangan kita, terutama penyudah kita. ”

“Ia mengejutkan melihat bagaimana mereka bermain. Kami tahu bahawa Thailand bukan pasukan bertahan kerana mereka konsisten, jadi mungkin ia adalah taktik dari jurulatih dan pemain harus mengikut arahan.

“Mungkin mereka akan berubah sedikit kerana mereka bermain di halaman sendiri. Mungkin mereka akan lebih terbuka kerana mereka perlu mencari gol, jadi tekanan tidak akan berlaku kepada kami,” kata Farizal. – Goal