Malaysia Berita

Thanabalan Mahu Hadiahkan Satu Piala Buat Kedah

Penyerang muda negara, N Thanabalan yang akan menyarung jersi Kedah bagi aksi Liga Super musim 2019 berazam untuk membawa Lang Merah memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim hadapan.

Beliau yang berumur 23 tahun beraksi cemerlang bersama skuad kebangsaan bawah 23 tahun negara (B-23) pada kejohanan Sukan Sea tahun lepas apabila membantu skuad B-23 negara muncul naib juara setelah tewas di tangan Thailand.

Beliau anak muda yang dahagakan kejayaan dan keinginanan untuk menang masih belum dapat mengecapi apa-apa piala sepanjang pembabitan beliau di dalam kancah Liga-M sejak 2014.

“Saya juga teruja apabila apabila nama saya sah diumumkan bersama Kedah dan saya idam dapat menjulang satu piala bersama skuad Helang Merah ini musim depan.”

“Apa yang saya harapkan untuk musim depan adalah kebangkitan buat saya lebih-lebih lagi dengan semangat baharu di Kedah dan sokongan semua pihak termasuk Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang telah memberi kepercayaan kepada saya termasuk juga penyokong Kedah.”

“Saya juga sedar 2018 bukan tahun untuk saya dan impian serta sasaran saya seterusnya juga mahu kembali bersama skuad kebangsaan pada musim depan.” Katanya kepada Berita Harian.