Pemain tengah Real Madrid dan Croatia, Luka Modric menamatkan dominasi Cristiano Ronalda dan Lionel Messi selepas memenangi Ballon d’Or 2018 selepas lebih dari satu dekad.
Modric, 33, memenangi Liga Juara-Juara buat kali ke tiga pada Mei lalu sebelum membantu Croatia sebagai naib juara Piala Dunia
Bekas pemain Brazil dan AC Milan, Kaka adalah pemain terakhir selain Messi atau Ronaldo untuk memenanginya anugerah ini pada 2007.
Ronaldo, yang menyertai Juventus dari Real Madrid pada musim panas, menjadi pemain kedua.
Penyerang Barcelona Messi menduduki tempat kelima, dengan pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann dan penyerang PSG, Kylian Mbappe – yang masing-masing memenangi Piala Dunia dengan Perancis – ketiga dan keempat.
Selain daripada itu, perancang tengah Real Madrid ini juga dinobatkan sebagai pemain lelaku terbaik dunia di Anugerah Terbaik Bolasepak Fifa dan menerima anugerah Kasut Emas untuk persembahan terbaik di Piala Dunia.
Bercakap kepada media, Modric dedikasi penghargaan tersebut kepada pemain-pemain lain yang sepatutnya memenangi anugerah itu tetapi dinafikan oleh dominasi Ronaldo dan Messi selama 10 tahun.
“Pada masa lalu terdapat beberapa pemain yang boleh memenangi Ballon d’Or seperti Xavi, Andres Iniesta atau [Wesley] Sneijder tetapi dinafikan kemenangan mereka dan akhirnya kini orang mula melihat pencapaian orang lain, ” katanya.
“Anugerah ini adalah untuk semua pemain yang layak memenanginya. Ia adalah tahun yang istimewa untuk saya.
“Sukar untuk menyatakan emosi saya dan perasaan saya dengan kata-kata. Ia adalah sesuatu yang unik untuk saya.
Modric menyifatkan Ronaldo dan Messi sebagai “pemain yang fenomenal”, menambah: “Untuk menang bermakna saya melakukan sesuatu yang sangat istimewa di atas padang, itulah sebabnya tahun 2017-18 adalah tahun untuk saya.”
Modric adalah salah satu daripada lapan pemain Real Madrid dalam senarai 30 teratas, termasuk pemain antarabangsa Wales, Gareth Bale di tempat ke-17.
Penyerang Lyon dan Norway, Ada Hegerberg, 23 tahun, memenangi Ballon d’Or Wanita sulung manakala Mbappe, 19, menjadi pemenang pertama Piala Kopa – yang diberikan kepada pemain bawah 21 tahun terbaik dan dipilih oleh bekas pemenang Ballon d’Or.