Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Vietnam Tewaskan Filipina, Younghusband Tidak Mahu Mengaku Kalah

Menjadi negara pertama untuk menjaringkan gol dengan Vietnam di Piala Suzuki AFF, walaupun kalah 2-1 pada separuh akhir pertama tidak menghalang Filipina daripada percaya bahawa mereka boleh mengubahnya di perlawanan kedua minggu depan di Hanoi.

Gol masa kecederaan daripada Patrick Reichelt membatalkan usaha Nguyen Anh Duc untuk membawa pasukannya selesa dihadapan sebelum rehat masa pertama namun pada separuh masa kedua jaringan Phan Van Duc menjadi pencetus kemenangan Vietnam.

Phil Younghusband dalam satu kenyataan selepas perlawanan menyatakan bahawa mereka tidak akan mengaku kalah dan akan berusaha lebih pada perlawanan di Hanoi nanti.

“Jika kami tidak menjaringkan gol, kami akan menuju ke perlawanan seterusnya dengan memikirkan ia adalah satu cabaran yang lebih besar tetapi kami berjaya menjaringkan gol dan memberi kami keyakinan untuk ke perlawanan kedua.

“Ini bermakna kita kini perlu berusaha pada perlawanan kedua dan mencari gol awal serta tidak duduk bertahan di Hanoi nanti.

“Mereka adalah pasukan muda dan saya fikir kami menunjukkan bahawa kami boleh mengalahkan mereka serta mencipta peluang dan jika kami boleh menghentikan mereka daripada menjaringkan gol maka kami masih mempunyai peluang dan saya kami masih ada masa – matlamat kami tetap sama dan kita telah melihat keajaiban yang lebih besar dalam bola sepak sebelum ini dan saya fikir kami masih mempunyai peluang. “