Luar Negara

Transformasi Stadium Highbury Kepada 650 Buah Kediaman Mewah Bernilai RM3.5 Juta Sebuah

 

c6e3d3441180cd83feaaae123e7c3fb3

Stadium Arsenal yang dikenali dengan Highbury ini telah menjadi home buat Arsenal dari 6 September 1913 sehingga 7 May 2006. Mendapat nama sempena lokasi dimana stadium ini dibina dan mendapat nama gelaran Home of Football oleh pasukan Arsenal.

Perlawanan terakhir yang berlangsung disini adalah perlawanan liga (perlawanan terakhir liga) pada tahun 2006 Arsenal menentang Wigan. Perlawanan yang berlangsung pada 7 May 2006 itu menyaksikan Arsenal menang 4-2 mengatasi Wigan.

Arsenal yang memerlukan keputusan “menang” bagi menjamin tempat ke pusingan UCL bagaimana pun ketinggal 1-2 kepada Wigan sebelum Henry berjaya menjaringkan hat-trik bagi mengesahkan kemenangan dan tempat diUCL. Persaingan cukup sengit kerana pencabar utama Arsenal yang juga sekutu utama, Spurs juga mencari slot untuk ke UCL.

Apa terjadi kepada Highbury sekarang?

Semenjak Arsenal meninggalkan Highbury pada tahun 2006 dan berpindah ke “The Emirates” stadium Highbury telah mengalami beberapa fasa pembangunan. Kini Highbury ditukarkan menjadi Highbury Square yang dibangunkan menjadi kediaman unik.

am-high-0043_sabris-photoshopped_670
Highbury Square telah dibangunkan menjadi kediaman unik namun padang masih dikekalkan dengan ditukar menjadi taman.

Selepas 93 tahun sebagai sebuah stadium bola sepak, Highbury telah ‘ditukar’ kepada 650 buah pangsapuri mewah yang mempunyai 1, 2 dan 3 bilik tidur dan penthouse, dan pembangunan hartanah ini dinamakan sebagai ‘Highbury Square’.

am-high-0032_670

Rujukan: Arsenal.
Gambar-gambar lain Highbury Square.

gun__1358525094_highbury_square

Pangsapuri mewah ini telah dibangunkan disemua 4 sisi padang Highbury dan bahagian padang telah ‘ditransformasikan’ menjadi sebuah taman bagi kegunaan penduduk Highbury Square.

Arsene Wenger memberitahu: ” Datang kembali ke Highbury mengingatkan kembali memori indah kami disini. Highbury merupakan sebuah stadium yang istimewa dan saya berasa sangat berbangga menjadi sebahagian dari sejarah tempat ini. Penghargaan penuh diberikan kepada pihak yang membangunkan kawasan ini kerana telah melakukan sesuatu yang cukup baik. Dan kepada yang tinggal disini mereka cukup bertuah!”

flat-for-sale-where-the-old-highbury-stadium-used-to-be

Sumber: Bradley-Hole Schoenaich Landscape Architects

 

Berapakah Harga Di Highbury Square?

Mengikut laporan Mirror UK pada yang diterbitkan pada tahun lalu seunit pangsapuri ini berharga kira-kira £660,000 bersamaan duit kita RM3.5juta seunit.

flat-for-sale-where-the-old-highbury-stadium-used-to-be-1
Masih mengekalkan ciri-ciri Highbury. Gambar diruang “reception”.

n5__2009-08-22_38295_original
Kedudukan Highbury Square dan The Emirates Stadium sekarang.

Kredit artikel kepada TranungGooners kerana memberi kebenar kepada kami menerbitkan semula artikel ini di Football Channel Malaysia.

Sila like Facebook Page TGooners  dan Facebook Football Channel Malaysia.