Luar Negara Berita

Liga Perdana : Sabah kutip tiga mata penuh

Sabah berjaya menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dengan kemenangan tipis 1-0 do Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), semalam.

Kemenangan ini memberi tiga mata penuh buat Sabah dalam merelealisasikan impian mereka untuk kembali ke Liga Super musim hadapan.

Gol kemenangan pada minit ke-59 melalui sepakan deras Paunovic memecah kebuntuan selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan o-o pada separuh masa pertama .

Dengan tiga baki saingan perlawanan, Sabah mengukuhkan kedudukan dengan 37 mata manakala JDT II kekal di tangga kedua dengan 33 mata.