Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : TFC berjaya elak rekod buruk di Shah Alam

Terengganu FC berjaya mengelak rekod buruk menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam apabila menang 2-1 pada aksi Liga Super, malam tadi.

Semut Merah berjaya meraih kemenangan selepas hanya mengutip satu mata dalam tiga aksi terdahulu dengan skuad Penyu pula terus kepunan dengan kemenangan.

TFC berjaya meraih kemenangan melalui jaringan Sanjar Shaakhmedov  pada separuh masa pertama dan Nasrullah Haniff Johan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada akhir minit perlawanan.

Kemenangan ini membolehkan TFC berada di tangga ke enam dengan 27 mata.