Eropah Berita

Liverpool Tempah Laluan Sukar

Paris St Germain menghidupkan semula kempen Liga Juara-Juara mereka dengan kemenangan 2-1 ke atas Liverpool dalam Kumpulan C pada hari Rabu, manakala Liverpool perlu menang pada perlawanan terakhir untuk layak ke pusingan 16. 

PSG menjaringkan gol pada minit ke-13 melalui Juan Bernat, sebelum Neymar menambah jaringan 2-0 lapan minit sebelum babak pertama.

Namun sebelum rehat masa kedua, Di Maria telah menjatuhkan Sadio Mane di dalam kotak penalti bagi menghadiahkan sepakan penalti kepada kelab Liga Perdana Inggeris itu. Penalti yang disempurnakan oleh James Milner telah mengalah Buffon dan memberi Liverpool peluang untuk merapatkan jurang.

Liverpool akhirnya terpaksa akur dengan tiga mata penuh milik PSG. Ini kekalahan ketiga Liverpool pada peringkat kumpulan dan pertama kali dalam sejarah kelab dalam kempen Liga Juara-Juara.

PSG mendahului Liverpool dengan lapan mata hanya satu mata dibelakang Napoli yang mendahului kumpulan dengan sembilan mata, manakala Liverpool ditempat ketiga dengan enam mata. 

Dengan hanya satu lagi baki perlawanan, Liverpool perlu menang ke atas Napoli jika mahu layak ke pusingan seterusnya.