Malaysia Berita

Aarón Ñíguez Pemain Baharu JDT

Johor Darul Ta’zim mengumumkan telah menandatangani pemain baharu untuk musim hadapan apabila berjaya mendapatkan pemain daripada akademi Valencia, Aarón Ñíguez.

Beliau yang berasal daripada Sepanyol dan pernah bermain dengan beberapa nama besar eropah seperti Real Oviedo, Tenerife, Braga, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva dan Celta de Vigo.

“Sukacita diumumkan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani Aarón Ñíguez sebagai pemain luar negara baharu JDT untuk musim hadapan. Ñíguez, produk dari akademi Valencia sebelum ini pernah bermain untuk Real Oviedo, Tenerife, Braga, Elche, Almeria, Recreativo de Huelva dan Celta de Vigo.”

Menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers, pihak JDT mengumumkan bahawa beliau akan bermain di kedudukan False 9 atau penyerang kedua.

“Beliau bermain di posisi ‘false-9’, penyerang kedua, posisi tengah menyerang, posisi sayap kiri dan juga sayap kanan.” Kata pihak JDT.

Sebelum ini, JDT sudah menandatangani bekas pertahan Napoli, Mauricio Nascimento bagi menggantikan Marcos Antonio.